“Anak saya sudah menunjukkan foto beberapa pelaku dari kelas lima dan kelas enam. Saya cuba meminta penjelasan daripada pihak sekolah, namun tidak berhasil,” ujarnya. Sementara itu, ibu mangsa, Diah Indriyanti berkata, anaknya yang merupakan murid Kelas 2 SDN 1 Kebondalem sempat dirawat di hospital selama sembilan hari sejak pertengahan bulan lalu.
Mangsa sempat pulang ke rumah selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital pada akhir September. “Anak saya berubah daripada seorang yang periang menjadi amat pendiam. Terdapat kesan lebam pada perut dan kaki anak saya. Dia sering mengadu sakit,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat kes buli yang menimpa murid tersebut dan turut mengambil keterangan beberapa saksi. Sementara itu, Kepala SDN 1 Kebondalem, Erning Rustini enggan mengulas insiden tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Agensi
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.sinarharian.com.my/article/799162/global/mangsa-sempat-tunjuk-foto-pembuli-sebelum-meninggal-dunia