Afrika muncul sebagai pasaran penting bagi perdagangan halal

Afrika muncul sebagai pasaran penting bagi perdagangan halal
Afrika muncul sebagai pasaran pertumbuhan penting bagi industri halal global sekali gus menawarkan peluang yang meluas kepada pengeksport Malaysia dalam pelbagai kategori produk pengguna.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata populasi benua yang besar serta pasaran pengguna yang kian berkembang menjadikannya destinasi yang tidak boleh dilepaskan oleh pemain industri halal.

“Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 menarik penyertaan yang semakin meningkat daripada syarikat Afrika dengan Senegal membawa delegasi terbesar dari benua berkenaan manakala Rwanda dan Comoros merupakan antara negara peserta terbaharu dari benua tersebut.

“Afrika merupakan pasaran yang tidak boleh kita abaikan. Benua dengan jumlah penduduk yang begitu besar secara tidak langsung menawarkan peluang pasaran yang ketara,” katanya kepada pemberita pada sidang media ringkas selepas Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) di sini hari ini.
Reezal Merican turut mencadangkan supaya bahasa-bahasa Afrika diintegrasikan ke dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) MIHAS pada masa hadapan bagi menyokong penglibatan yang lebih besar dari benua berkenaan.

𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2026/09/1414351/afrika-muncul-sebagai-pasaran-penting-bagi-perdagangan-halal
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Gantung ayat al-Quran di premis bukan jaminan halal

Gantung ayat al-Quran di premis bukan jaminan halal

Next Post

FOMO: Apabila takut ketinggalan menguasai kehidupan digital

Related Posts