
Peristiwa kewafatan Rasulullah SAW merupakan peristiwa yang besar dalam sejarah Islam. Ia menandakan berakhirnya tugas Baginda bukan sahaja sebagai seorang nabi dan rasul bahkan sebagai pemimpin utama umat. Lebih besar, ia juga menandakan berakhirnya proses penurunan wahyu dari Ilahi sebagai panduan buat manusia.
Bersempena dengan bulan Rabiul Awal ini, marilah sama-sama kita mengulangkaji perihal peristiwa besar ini setelah kita meraikan bulan dengan kelahiran baginda sebelumnya.
𝗔𝘀𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗮𝗰𝘂𝗻
Umum mengetahui bahawa apabila membincangkan soal punca kewafatan baginda, antara lain adalah kerana Baginda telah diracun oleh seorang wanita Yahudi bernama Zainab binti al-Harith. Dia meletakkan racun yang banyak pada bahagian paha daging kambing itu dan melumurkan racun di seluruh bahagian daging yang lain. Kemudian dia pergi membawa daging itu dan meletakkannya di hadapan Rasulullah SAW. Baginda SAW lalu mencapai paha kambing dan menjamahnya dengan satu kunyahan.
𝗔𝘀𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗮𝗰𝘂𝗻
Umum mengetahui bahawa apabila membincangkan soal punca kewafatan baginda, antara lain adalah kerana Baginda telah diracun oleh seorang wanita Yahudi bernama Zainab binti al-Harith. Dia meletakkan racun yang banyak pada bahagian paha daging kambing itu dan melumurkan racun di seluruh bahagian daging yang lain. Kemudian dia pergi membawa daging itu dan meletakkannya di hadapan Rasulullah SAW. Baginda SAW lalu mencapai paha kambing dan menjamahnya dengan satu kunyahan.
Setelah tiga tahun dari peristiwa tersebut Rasulullah SAW wafat disebabkan sakit yang terlampau kesan daripada racun tersebut. Ini jelas sebagaimana yang thabit dalam riwayat Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah R.A, katanya:
كَانَ النَّبِيُّ ﷺ يَقُولُ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ: يَا عَائِشَةُ مَا أَزَالُ أَجِدُ أَلَمَ الطَّعَامِ الَّذِي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ، فَهَذَا أَوَانُ وَجَدْتُ انْقِطَاعَ أَبْهَرِي مِنْ ذَلِكَ السُّمِّ
Maksudnya:
“𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘚𝘈𝘞 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘚𝘈𝘞 𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵: ‘𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘈𝘪𝘴𝘺𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘣𝘢𝘳. 𝘗𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘳𝘢𝘵 𝘯𝘢𝘥𝘪𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘳𝘢𝘤𝘶𝘯 𝘪𝘵𝘶.”
Riwayat al-Bukhari (4428)
Riwayat al-Bukhari (4428)
Ibn al-Qayyim, katanya: “𝘉𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘚𝘈𝘞 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘨𝘪𝘯𝘨 (𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘳𝘢𝘤𝘶𝘯) 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘚𝘈𝘞 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 (𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵) 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘚𝘈𝘞 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢.” (Lihat Zad al-Ma’ad, 3/298)
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗵𝗮𝗹 𝗨𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗪𝗮𝗳𝗮𝘁
Usia Rasulullah SAW ketika kewafatannya adalah 63 tahun 4 hari. Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa beliau berkata:
Usia Rasulullah SAW ketika kewafatannya adalah 63 tahun 4 hari. Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa beliau berkata:
بُعِثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَرْبَعِينَ سَنَةً، فَمَكُثَ بِمَكَّةَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ سَنَةً يُوحَى إِلَيْهِ، ثُمَّ أُمِرَ بِالهِجْرَةِ فَهَاجَرَ عَشْرَ سِنِينَ، وَمَاتَ وَهُوَ ابْنُ ثَلاَثٍ وَسِتِّين
Maksudnya:
“𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘥𝘪𝘶𝘵𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪𝘢 40 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯. 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 13 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘯 (𝘢𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯) 𝘥𝘪𝘸𝘢𝘩𝘺𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢. 𝘒𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘵𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘪𝘫𝘳𝘢𝘩, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘪𝘫𝘳𝘢𝘩 (𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘴𝘢𝘯𝘢) 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 10 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯. 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪𝘢 63 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯.”
Riwayat Bukhari(3902)
“𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘥𝘪𝘶𝘵𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪𝘢 40 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯. 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 13 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘯 (𝘢𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯) 𝘥𝘪𝘸𝘢𝘩𝘺𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢. 𝘒𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘵𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘪𝘫𝘳𝘢𝘩, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘪𝘫𝘳𝘢𝘩 (𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘴𝘢𝘯𝘢) 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 10 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯. 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪𝘢 63 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯.”
Riwayat Bukhari(3902)
Begitu juga dalam riwayatnya yang lain menyatakan:
مَكَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَكَّةَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَتُوُفِّيَ وَهُوَ ابْنُ ثَلاَثٍ وَسِتِّين
Maksudnya:
“𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 13 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪𝘢 63 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯.”
Riwayat Bukhari(3903)
“𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 13 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪𝘢 63 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯.”
Riwayat Bukhari(3903)
Dalam hadis ini disebutkan bahawa Rasulullah SAW tinggal di Makkah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun dan bahawa Allah SWT mengutusnya pada usia 40 tahun dan wafat pada usia 63 tahun. Ini adalah yang paling sahih yang diriwayatkan. Adapun mengikut pendapat yang mengatakan Baginda wafat pada usia 65 tahun, itu adalah menurut riwayat Muslim. Apa yang disepakati adalah mengikut riwayat daripada Ibnu ‘Abbas. (Lihat al-Ifsah ‘An Ma‘ani al-Sihah, 3/53)
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗵𝗮𝗹 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗳𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, menurut huraian oleh Maulana (Dr.) Muhammad Asri Yusoff, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗵𝗮𝗹 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗳𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, menurut huraian oleh Maulana (Dr.) Muhammad Asri Yusoff, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
Tahun kewafatan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 11H dalam bulan Rabiul Awal
Antara 1 – 12 hari bulan.
- Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)
- Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
- Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).
Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW adalah seperti berikut:
- Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awal.
- Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awal.
Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut
Tarikh Hari Isnin Dalam Bulan Rabiul Awwal
- Zuhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) – 1, 8 dan 15 hari bulan
- Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) – 1, 8 dan 15 hari bulan
- Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) – 1, 8 dan 15 hari bulan
- Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) – 7, 14 dan 21 hari bulan
- Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) – 7, 14 dan 21 hari bulan
- Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) – 7, 14 dan 21 hari bulan
Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.
Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). 𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻-𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀, 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗳𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗦𝗔𝗪 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 𝟭𝗵𝗯. 𝗥𝗮𝗯𝗶𝘂𝗹 𝗔𝘄𝘄𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟭𝟭𝗛 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟮𝟱𝗵𝗯. 𝗠𝗲𝗶 𝟲𝟯𝟮𝗠.
Akhir kata, tarikh kelahiran Nabi SAW itu tidak menjadi keutamaan, kerana jika kita memang mencintai baginda, maka kita akan lebih banyak berselawat dan memberikan keutamaan untuk mengikuti contoh dan sunnah beliau, bukan tarikh lahirnya.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
- https://zulkiflialbakri.com/artikel/usia-rasulullah-ketika-wafat-dan-sebab-kewafatannya
- https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/31/tarikh-sebenar-kelahiran-kewafatan-nabi-muhammad-saw/