PENGAKHIRAN BUAT SANG PENYUSUN SUNAN AL-NASA’I

PENGAKHIRAN BUAT SANG PENYUSUN SUNAN AL-NASA'I
Imam al-Nasa’i lahir dan membesar di Nasa’, sebuah kota di Khurasan yang banyak melahirkan ulama’-ulama’ dan tokoh-tokoh besar. Di madrasah negeri kelahirannya dia menghafal Al-Qur’an dan dari guru-guru di negerinya ia menerima pelajaran ilmu-ilmu agama yang asas. 

Setelah meningkat remaja, beliau mengembara untuk mendapatkan hadith. Dalam usia belumpun 15 tahun, beliau telah mengembara ke Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah. Beliau belajar hadith dengan ulama’-ulama’ negeri tersebut sehingga menjadi seorang yang terkemuka dalam bidang hadith dan mempunyai sanad yang ”‘ali” (sedikit sanadnya) dan masyhur dalam bidang kekuatan periwayatan hadith.

Imam an-Nasa’i merasa amat sesuai tinggal di Mesir dan beliau menetap di negeri itu, di jalan Qanadil. Beliau tinggal di situ sehingga setahun sebelum kematiannya. Kemudian beliau berpindah ke Damsyik. 

Di tempatnya yang baru ini, beliau mengalami suatu peristiwa tragis yang menyebabkan kesyahidannya. Diceritakan bahawa, sebahagian penduduk Damsyik meminta pendapat beliau tentang keutamaan Mu’awiyyah r.a. Mereka seolah-olah meminta kepadanya agar menulis sebuah buku tentang keutamaan Mu’awiyyah, sebagaimana dia telah menulis mengenai keutamaan Ali r.a.

Oleh kerana itu beliau menjawab kepada penanya tersebut dengan, “Tidakkah engkau merasa puas dengan adanya kesamaan darjat (antara Mu’awiyyah dengan Ali), sehingga engkau merasa perlu untuk mengutamakannya?”. Mendengar jawapan seperti ini mereka naik pitam, lalu memukulnya sehinggakan buah kemaluannya pun dipukul, memijak-mijaknya dan kemudian menyeretnya keluar dari masjid, sehingga dia hampir maut.

Tidak ada kesepakatan tentang di mana beliau meninggal dunia. Imam Daraqutni menjelaskan, bahawa ketika mendapat cubaan tragis di Damsyik dia meminta supaya dibawa ke Makkah. Permintaannya dikabulkan dan beliau meninggal di Makkah, kemudian dikebumikan di suatu tempat antara Safa dan Marwah. Pendapat yang sama dikemukakan juga oleh Abdullah bin Mandah dari Hamzah al-‘Uqbi al-Misri dan ulama’ yang lain.

Imam az-Zahabi tidak bersetuju dengan pendapat di atas. Menurutnya, yang benar ialah bahawa an-Nasa’i meningal di Ramalah, suatu tempat di Palestin. Ibn Yunus dalam “Tarikh”nya setuju dengan pendapat ini, demikian juga Abu Ja’far at-Tahawi dan Abu Bakar bin Naqatah. Selain pendapat ini menyatakan bahawa ia meninggal di Ramalah, ia juga menyatakan bahawa beliau dikebumikan di Baitul Maqdis. Beliau wafat pada tahun 303H.

𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://onlinehadits.wordpress.com/2019/01/22/sejarah-hidup-imam-hadis-imam-nasai/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sarah binti Haran: Wanita Solehah Yang Dipilih Allah SWT

Next Post
KES ROCKY SI ANJING SELESAI, MATI DIJERUT WANITA 'MENGAKU' PEMILIKNYA

KES ROCKY SI ANJING SELESAI, MATI DIJERUT WANITA ‘MENGAKU’ PEMILIKNYA

Related Posts

Sheikh Abdul Qadir Abu Faris

🌟 Tokoh Islam 🌟 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟 𝐃𝐫 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐀𝐛𝐮 𝐅𝐚𝐫𝐢𝐬? Prof Dr Muhammad Abdul Qadir…
Read More