
- Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah di bawa meneroka ke langit Ilahi. Saat inilah Rasulullah ﷺ diperlihatkan dengan beberapa gambaran mengenai azab dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia di dunia.
- Pameran visual itu membuatkan Rasulullah tertanya-tanya mengenai kejahatan yang telah mereka lakukan. Ketika itulah Jibril menerangkan kepada Baginda Nabi ﷺ tentang kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang kebanyakannya melibatkan isu hubungan sosial. Antaranya:
- Kaum yang mencakar muka mereka dengan kuku tembaga.
Sabda Rasulullah: “Ketika aku dinaikkan ke langit (pada malam isra dan mikraj), aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka, maka aku berkata : Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan mengaibkan maruah mereka.” (Sunan Abu Daud) - Kaum yang menggunting lidah mereka. Sabda Rasulullah:
Rasulullah ﷺ bersabda: Aku telah menyaksikan pada malam aku diperjalankan (ketika Israk Mikraj) satu kumpulan lelaki yang dipotong lidah mereka dengan gunting dari neraka. Lalu aku bertanya kepada Jibril, siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab: Dia adalah para khatib dari kalangan umatmu yang menyuruh manusia melakukan kebaikan sedangkan dia melupakan dirinya. Mereka membaca kitab Allah tetapi tidakkah mereka berfikir. (Sahih Ibn Hibban - Terdapat banyak lagi isu-isu sosial yang dikemukakan dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Ini menunjukkan betapa pentingnya penjagaan hubungan harian kita sesama manusia sehingga Allah mempamerkannya pada Rasulullah sebelum kurniaan kefarduan solat diberikan kepada Rasulullah.
- Sempena sambutan Israk Mikraj minggu ini, dapatkan buku Analisis Hadis Israk Mikraj di link di bawah:
https://shopee.com.my/PRINSIP-KEHIDUPAN-DARI-HADIS-ISRAK-MIKRAJ-OLEH-DR-AHMDA-SANUSI-AZMI-i.510934549.24564773865
https://shopee.com.my/PRINSIP-KEHIDUPAN-DARI-HADIS-ISRAK-MIKRAJ-OLEH-DR-AHMDA-SANUSI-AZMI-i.510934549.24564773865
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi