Segala Rahsia Akan Didedahkan Nanti

Allah mengingatkan kepada kita bahawa segala rahsia dan penipuan kita akan didedahkan esok pada hari kiamat sehingga dapat disaksikan. Firman Allah:

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya). (Surah al-Tariq: 9)

Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi berkata:

    يَوْمَ تَنْكَشِفُ الْمَكْنُونَاتُ، وَتَبْدُو ظَاهِرَةً لِلْعِيَانِ، وَتُرْفَعُ الْحُجُبُ عَمَّا كَانَ يُخْفِيهِ الْإِنْسَانُ فِي دُنْيَاهُ مِنْ عَقَائِدَ وَنِيَّاتٍ وَغَيْرِهَا.

    “Pada hari segala yang tersembunyi akan tersingkap, dan segala perkara tampak nyata di hadapan mata. Tirai akan diangkat daripada apa yang pernah disembunyikan manusia di dunia — sama ada berupa akidah, niat, dan selainnya.”

    Oleh itu beringatlah, segala perlakukan kita, pembohongan, penipuan dan perlakuan buruk kita, semuanya akan didedahkan oleh Allah pada hari kiamat kelak.

      Semoga Allah membimbing kita.

      Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

      Total
      0
      Shares
      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Previous Post

      Tiga Negeri Masih Dilanda Banjir, 1,569 Mangsa Ditempatkan Di 13 PPS

      Next Post

      Wajah Manusia Berubah Menjadi Hitam

      Related Posts