Amaran Hujan Lebat Berterusan Di 4 Buah Negeri Sehingga Esok

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hingga waspada yang dijangka melanda beberapa negeri bermula hari ini hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata, amaran tahap bahaya yang dikeluarkan pada 8.45 pagi itu melibatkan Pahang khususnya di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Beliau berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran dan Bera), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melibatkan sembilan negeri iaitu Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 4 Negeri Hingga 12 Tengah Hari Ini

Next Post

Hampir 9,300 Rakyat Palestin Ditahan Di Penjara Israel – WAFA

Related Posts