Seruan Global: Bangkit Hentikan Kezaliman Pengusiran Di Palestin

KAHERAH: Masyarakat antarabangsa digesa tidak membisu terhadap cubaan mengusir rakyat Palestin.

Ketegasan itu disuarakan Mesir yang sekali lagi mengekalkan pendirian menolak tindakan kejam itu.

Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil langkah segera menamatkan konflik di Gaza.

Ia susulan rejim zionis berterusan melemahkan perpaduan wilayah Palestin dan memisahkan Semenanjung Gaza dari Tebing Barat.

Mesir turut mengecam serangan genosid Israel, selain penggunaan kekuatan ketenteraan secara tidak seimbang yang jelas bercanggah dengan prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Abdelatty menyatakan sedemikian dalam pertemuan bersama delegasi daripada pergerakan Fatah Palestin membincangkan situasi semasa di Gaza dan Tebing Barat berikutan peningkatan ketara operasi ketenteraan Israel. – REUTERS

Sumber: Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wanita Dan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Next Post

Pengaruh Media Sosial Jangan Sampai Leka Batas Syarak

Related Posts