
Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron menjelaskan, garis panduan itu bertujuan bagi memupuk rasa hormat-menghormati antara semua pihak selain mengelakkan sebarang ketegangan yang mungkin timbul akibat salah faham dalam isu berkaitan agama.
“Pada asasnya garis panduan ini penting sebab ia bukan sahaja menjaga umat Islam tetapi juga melibatkan bukan Islam. Maknanya semua pihak akan lebih menjaga dan menghormati keperluan masing-masing.
“Ia baik untuk menjaga keharmonian semua pihak bukan sahaja pada umat Islam tetapi bukan Islam supaya saling berhati-hati dan menjaga kehormatan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas sebuah program di sini pada Isnin.
Sumber: Sinar Harian
#islamhidupku