413,372 Calon Duduki SPM Bermula Hari Ini Di 3,350 Pusat Peperiksaan

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 bermula pada Isnin, melibatkan seramai 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran proses peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik 127,526 petugas yang akan bertugas sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

KPM turut bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau wabak penyakit.

Calon yang terkesan dinasihatkan agar segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Menurut jadual rasmi, peperiksaan akan berlangsung mengikut fasa berikut:

Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3–6 November

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10–13 November

Ujian Amali Sains: 17–19 November

Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November

Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember

Calon diingatkan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan tarikh, waktu, kod dan nama kertas peperiksaan. – Awani

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

413,372 Calon Duduki SPM 2025 Bermula 3 November Ini

Next Post

Label ‘Muslim Choice’ Tidak Diiktiraf Sebagai Tanda Halal – JAKIM

Related Posts