
BESUT: Seramai 37 penghafaz 30 juzuk al-Quran dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT (Yayasan Terengganu) Besut memperoleh 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Pengetuanya, Termezi Jusoh berkata, daripada jumlah itu dua pelajar memperoleh 12A+.
“Jumlah calon keseluruhan adalah 117 orang dan daripada jumlah itu seramai 105 khatam 30 juzuk al-Quran,” katanya.
“Sekolah ini menduduki tempat pertama bagi ranking terbaik peringkat daerah serta tempat ketiga peringkat negeri.
“Manakala tempat ketiga kebangsaan (kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan),” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi dan kenduri kesyukuran SPM 2024 di SM Imtiaz YT, Besut, kelmarin.
Sementara itu, pelajar cemerlang 12A+, Abdul Rashid Mohd Rahim berkata, keputusan itu hasil berkatnya doa kedua ibu bapa dan guru yang tidak putus mendoakan serta sentiasa memberi kata semangat untuknya berjaya.
Seorang lagi pelajar cemerlang 12A+, Rawdhah Hassan berkata, dia amat bertuah kerana mempunyai ibu serta bapa yang amat menitik berat pendidikan sejak dari kecil.
“Ibu saya sanggup berhenti kerja serta berhenti mengejar cita-citanya dengan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk mendidik kami enam beradik.
“Kami diajar membaca serta boleh membaca al-Quran seawal usia enam tahun hasil didikan ibu tercinta,” katanya.
Sumber: Buletin Tv3
#islamhidupku