
1.Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:
ู ูุง ุงููุนูู ููู ููู ุฃููููุงู ู ุงููุนูุดูุฑู ุฃูููุถููู ู ููู ุงููุนูู ููู ููู ููุฐููู โโโโ.โ ููุงูููุง ูููุงู ุงููุฌูููุงุฏู ููุงูู โโโ ูููุงู ุงููุฌูููุงุฏูุ ุฅููุงูู ุฑูุฌููู ุฎูุฑูุฌู ููุฎูุงุทูุฑู ุจูููููุณููู ููู ูุงูููู ููููู ู ููุฑูุฌูุนู ุจูุดูููุกู โโโโ.โ
โTiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)
2.Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:
ูุงูุฐู ูุธูุฑ ุฃู ุงูุณุจุจ ูู ุงู ุชูุงุฒ ุนุดุฑ ุฐู ุงูุญุฌุฉ ูู ูุงู ุงุฌุชู ุงุน ุฃู ูุงุช ุงูุนุจุงุฏุฉ ููู ุ ููู ุงูุตูุงุฉ ูุงูุตูุงู ูุงูุตุฏูุฉ ูุงูุญุฌ ุ ููุง ูุชุฃุชู ุฐูู ูู ุบูุฑู
โSecara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)
3.Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:
ุฃูููุถููู ุฃููููุงู ู ุงูุฏููููููุง ุฃููููุงู ู ุงููุนูุดูุฑู
โSebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.โ
4.Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:
ุฃูุงู ุนุดุฑ ุฐู ุงูุญุฌุฉ ุฃูุถู ู ู ุฃูุงู ุงูุนุดุฑ ู ู ุฑู ุถุงู ูุงูููุงูู ุงูุนุดุฑ ุงูุฃูุงุฎุฑ ู ู ุฑู ุถุงู ุฃูุถู ู ู ููุงูู ุนุดุฑ ุฐู ุงูุญุฌุฉ
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmuโ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5.Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:
ู ุง ู ู ุฃูุงู ุฃุนุธู ุนูุฏ ุงููู ุณุจุญุงูู ููุง ุฃุญุจ ุฅููู ุงูุนู ู ูููู ู ู ูุฐู ุงูุฃูุงู ุงูุนุดุฑ. ูุฃูุซุฑูุง ูููู ู ู ุงูุชูููู ูุงูุชูุจูุฑ ูุงูุชุญู ูุฏ
โTidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmidโ (HR al-Tabrani)
Semoga Allah membimbing kita
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ulum Hadith Research Centre
#islamhidupku