
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha “menghalau” rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza kerana langkah itu bakal memberi dampak buruk terhadap usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disuarakan ketika beliau menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi hari ini, yang antara lain menyentuh perkembangan terkini isu kemanusiaan dan usaha pembangunan semula Gaza.
“Saya mengulangi pendirian Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin terutama membabitkan bantuan kemanusian dan perubatan serta pembangunan semula, di samping tekal menyokong perjuangan menuntut keadilan buat Palestin,” katanya.
Sumber: Astro Awani
#islamhidupku