Kes Zara Qairina: 5 Pelajar Didakwa Atas Kesalahan Buli Rabu Ini – Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Lima pelajar perempuan akan dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini berhubung kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

“Kesemua mereka akan didakwa bagi kesalahan membuli,” katanya.
Sementara itu Mohd Dusuki berkata, prosiding akan dijalankan secara tertutup memandangkan kesemua suspek berusia bawah 18 tahun.

Terdahulu, beliau dalam kenyataan berkata, pihaknya memutuskan untuk mendakwa beberapa individu selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis.

Bagaimanapun, kata beliau, itu tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah nanti.

Selain itu, pertuduhan berkenaan juga tidak akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan polis.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah, ditemukan tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka Kematian Di Gaza Meningkat Kepada 62,004 Orang

Next Post

Malas Bangun Subuh? Ini Teguran Buat Hati Yang Lalai

Related Posts