JAKIM garis enam resolusi tangani ancaman akidah digital

PUTRAJAYA, 11 November- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggariskan enam resolusi bagi memperkukuh usaha menangani ancaman akidah khususnya penyebaran ajaran salah melalui platform digital dan rentas sempadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata perkembangan dunia digital menuntut penguat kuasa dan pendakwa dipersiapkan dengan ilmu serta kemahiran bersesuaian, selain penambahbaikan skop perundangan.

“Dengan perkembangan dunia digital, penyebaran ajaran secara dalam talian dan merentasi sempadan, penguat kuasa serta pendakwa perlu dipersiapkan dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian.

“Kita juga perlu menambah baik aspek skop perundangan. Sidang meja bulat ini telah mengenal pasti perkara-perkara yang perlu ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cabaran baharu dalam membangunkan mekanisme penyiasatan, pengumpulan keterangan dan pendakwaan termasuk penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menangani penyebaran ajaran salah secara dalam talian.

Antara enam resolusi yang dikenal pasti ialah penubuhan segera Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Menangani Ajaran Salah, pemerkasaan kerangka perundangan bagi kesalahan akidah, peningkatan kefahaman masyarakat serta memperkukuh saluran aduan.

Tambah beliau, masyarakat juga disaran berganding bahu membendung penyebaran ajaran menyeleweng dengan menyalurkan aduan kepada pihak berautoriti.

Sidang meja bulat anjuran Bahagian Penyelidikan JAKIM itu turut membabitkan empat kertas pembentangan bersama agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Sumber:
https://www.yadim.com.my/v2/jakim-garis-enam-resolusi-tangani-ancaman-akidah-digital/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jakim-garis-enam-resolusi-tangani-ancaman-akidah-digital

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Previous Post

    UIAM anjur Persidangan Antarabangsa Fiqh Islam Ke-7, rintis pendekatan berasaskan maqasid terhadap AI

    Next Post

    Prinsip syariah dalam penilaian sains, teknologi penting jamin integriti pensijilan halal – JAKIM

    Related Posts