JAIM tahan dua pemungut tabung wakaf al-Quran kutip lebih RM1,000 sehari

MELAKA – Kegiatan licik dua pemungut derma tabung wakaf al-Quran yang disyaki mengutip lebih RM1,000 sehari tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sejak setahun lalu akhirnya terbongkar. Ia selepas tindakan dua lelaki masing-masing berusia 32 dan 48 tahun berjaya dihidu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah pasar raya di Bachang, di sini, Rabu lalu.

Menurut sumber, kegiatan haram itu terbongkar dalam operasi penguatkuasaan jam 3.05 petang menyaksikan dua lelaki terbabit ditahan bersama tabung mengandungi wang tunai berjumlah RM442.20.

“Hasil soal siasat awal mendapati, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) mengaku bekerja dengan sebuah syarikat dan kutipan tertera nama program wakaf al-Quran itu tidak mendapat kebenaran MAIM.

“Purata kutipan mereka boleh mencecah lebih RM1,000 sehari dan menerima gaji bulanan yang bergantung kepada jumlah kutipan diperoleh. Hasil maklumat awam menunjukkan kegiatan itu dipercayai sudah dijalankan sejak kira-kira setahun lalu,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Kegiatan licik dua pemungut derma tabung wakaf al-Quran yang disyaki mengutip lebih RM1,000 sehari tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sejak setahun lalu akhirnya terbongkar selepas mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah pasar raya di Bachang, Melaka, Rabu lalu.

Menurut sumber, kedua-dua mereka masing-masing sudah berkahwin dan masih bujang juga kerap berubah-ubah lokasi kutipan dipercayai bagi mengelakkan kesalahan mereka dihidu JAIM.

“Semakan juga mendapati resit yang sepatutnya diberikan kepada penyumbang sudah kehabisan stok dan siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada program itu benar-benar wujud atau tidak.

“Bagaimanapun, wang dalam kedua-dua tabung yang disita itu akan diserahkan kepada pihak pengurusan Baitulmal,” katanya. Tambahnya, tindakan terhadap kedua-dua OYDS dilakukan di bawah Seksyen 94 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) (Pindaan) 2022.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan dan mendapatkan maklumat mengenai kebenaran sesuatu kutipan sebelum menghulurkan sumbangan. Ini bagi mengelakkan wang derma disalurkan kepada pihak yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa agama yang secara tidak langsung akan memberi kesempatan kepada pihak tidak bertanggungjawab.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://malaysiagazette.com/2026/10/11/jaim-tahan-dua-pemungut-tabung-wakaf-al-quran-kutip-lebih-rm1000-sehari/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Generasi Strawberi: Benarkah Generasi Muda Semakin Lemah Menghadapi Cabaran Hidup?

Generasi Strawberi: Benarkah Generasi Muda Semakin Lemah Menghadapi Cabaran Hidup?

Next Post

Indonesia belum jawab tawaran bantuan padam kebakaran – Zahid

Related Posts