Imam Masjid Nabawi Puji Jemaah Haji Malaysia, Bersantun & Berdisiplin

KUALA LUMPUR – Imam Masjid Al-Nabawi Shaikh Dr Salah Muhammad Al-Budair menzahirkan penghargaan terhadap jemaah Malaysia yang disifatkan sebagai bersantun, beradab serta berdisiplin tinggi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang musim haji.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kunjungan hormat Shaikh Dr Salah ke atas beliau di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuan penuh makna itu, Shaikh Dr Salah turut memuji pendirian Malaysia yang konsisten berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, yang menjadi teras kepada kestabilan dan keharmonian umat Islam di negara ini.

“Saya mendoakan agar Allah SWT terus memberkati usaha dakwah TYT Shaikh Dr Salah dan mengurniakan kekuatan kepada beliau untuk terus menyebarkan cahaya ilmu kepada umat. Insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Orang berpuasa dijanjikan masuk pintu Syurga Ar-Rayyan

Next Post

Khutbah Jumaat Khas Bersama Imam Masjid Al-Nabawi Hari Ini

Related Posts