Fahami batas kebebasan agama bukan Islam dalam Perlembagaan

Fahami batas kebebasan agama bukan Islam dalam Perlembagaan
ADA satu persoalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat bukan Islam, mengapa seseorang bebas menganuti dan mengamalkan agama dipercayainya, tetapi kebebasan itu tidak memberikan hak untuk menyebarkan agama berkenaan kepada orang Islam.
Persoalan ini sering timbul apabila isu kebebasan beragama dibincangkan di Malaysia. Ada yang melihatnya daripada sudut hak asasi individu, manakala ada melihatnya dalam kerangka sejarah, kedudukan Islam dalam Perlembagaan serta tanggungjawab memelihara akidah umat Islam.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Sebenarnya, persoalan ini sudah mempunyai asas jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysia sebuah negara memberi rakyat kebebasan untuk menganuti dan mengamal agama masing-masing.
Kebebasan itu bagaimanapun bukan tanpa batas kerana pelaksanaannya tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang. Prinsip ini selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di samping jaminan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Rukun Negara pula meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan sebagai prinsip pertama, menggambarkan kepentingan nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakat dan negara.
Dalam konteks kebebasan beragama, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan adalah peruntukan utama. Secara ringkas, Perkara 11(1) memberikan hak kepada setiap orang menganuti dan mengamalkan agamanya, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Namun, Perkara 11(4) menetapkan satu batas penting. Undang-undang negeri boleh dibuat bagi mengawal atau menyekat penyebaran doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang menganut agama Islam. Bagi Wilayah Persekutuan, kuasa itu terletak pada Parlimen.
Persoalannya, mengapakah Perlembagaan memberikan ruang kepada undang-undang untuk mengawal penyebaran agama lain dalam kalangan orang Islam. Jawapannya tidak boleh dipisahkan daripada sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
Ketika Suruhanjaya Reid menjalankan tugas merangka Perlembagaan menjelang kemerdekaan, pelbagai pihak diberikan peluang mengemukakan pandangan.
๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ
Sebanyak 131 memorandum diterima suruhanjaya berkenaan, termasuk memorandum daripada Raja-Raja Melayu. Memorandum Raja-Raja Melayu bertarikh 12 September 1956 antara lain menyentuh kedudukan agama Islam.
Pandangan dikemukakan menunjukkan Raja-Raja Melayu ketika itu menerima prinsip toleransi beragama, pada masa sama, menegaskan keperluan melindungi kedudukan Islam serta keselamatan dan ketenteraman negara.
Perkara itu kemudian dibincangkan secara mendalam dalam prosiding bersama wakil Raja-Raja Melayu pada 14 dan 15 September 1956.
Dalam perbincangan berkenaan, wakil Raja-Raja Melayu menegaskan penyebaran agama, selain Islam dalam kalangan orang Islam tidak seharusnya diberikan sebagai suatu hak. Kedudukan itu penting kerana Raja-Raja Melayu mempunyai tanggungjawab sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ
Dalam kerangka itu, perlindungan akidah umat Islam dilihat sebagai sebahagian daripada amanah perlu dipelihara.
Raja-Raja adalah pihak bertegas untuk tidak menjadikan pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam sebagai sebagai suatu hak yang sama dengan hak untuk menganut dan mengamalkan agama.
Bermakna, ada bahaya di sebalik pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan umat Islam antaranya bahaya dari segi ketenteraman awam dan akidah umat Islam. Hal ini adalah bersesuaian dengan kedudukan baginda semua sebagai Ketua Agama Islam.
Daripada sejarah ini, dapat difahami Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan sekadar memberikan kebebasan beragama, tetapi turut menetapkan batas terhadap cara kebebasan itu dilaksanakan.
๐—™๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป
Hak menganuti dan mengamalkan agama tidak semestinya membawa maksud hak tanpa batas untuk menyebarkan sesuatu doktrin kepada penganut agama lain.
Prinsip sama dapat dilihat dalam beberapa peruntukan lain Perlembagaan. Perkara 5, misalnya, melindungi kebebasan diri dan menetapkan seseorang tidak boleh dilucutkan nyawa atau kebebasannya kecuali menurut undang-undang.
Perkara 8 pula menetapkan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang, tertakluk kepada pengecualian dibenarkan Perlembagaan. Maksudnya, hak asasi dalam Perlembagaan bukan hak boleh dilaksanakan tanpa mengambil kira undang-undang.
Kebebasan seseorang sentiasa perlu dibaca bersama peruntukan lain mengatur kepentingan awam, keselamatan, ketenteraman serta kedudukan tertentu yang diiktiraf Perlembagaan.
Dalam soal agama, Perkara 11(4) memberikan asas Perlembagaan yang jelas kepada negeri untuk mengawal penyebaran agama lain kepada orang Islam. Undang-undang dibuat berdasarkan kuasa itu pula perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan dan bidang kuasa ditetapkan.
Oleh itu, perbincangan mengenai kebebasan beragama di Malaysia tidak seharusnya hanya melihat kepada hak individu untuk menganuti dan mengamalkan agama. Ia perlu mengambil kira sejarah, struktur Perlembagaan serta tanggungjawab institusi yang berkaitan dengan agama Islam.
Persekutuan Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 5 Ogos 1957.
Dalam susunan Perlembagaan negara yang terbentuk selepas kemerdekaan, Islam kekal sebagai agama bagi Persekutuan, manakala agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Justeru, rakyat perlu menghormati kebebasan beragama dalam batas yang ditetapkan Perlembagaan dan undang-undang. Keharmonian tidak akan tercapai sekiranya hak dan tanggungjawab hanya dilihat dari satu sudut.
๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜
Sebagai warganegara, kita hendaklah menghormati perkara yang dipersetujui dalam sejarah pembentukan negara serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan beragama ialah hak dijamin oleh Perlembagaan, tetapi pelaksanaannya tetap mempunyai batas undang-undang. Dalam konteks Malaysia yang masyarakatnya berbilang agama dan kepercayaan, prinsip saling menghormati amat penting.
Seperti peribahasa, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’. Dengan memahami hak, batas dan tanggungjawab masing-masing, keharmonian serta keamanan negara dapat terus dipelihara.

Oleh:
Prof Madya Datuk Muhamad Asri Abdullah
Penulis ialah Bekas Ketua Hakim Syarie Perak dan Hakim Rayuan Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2026/08/1606802/fahami-batas-kebebasan-agama-bukan-islam-dalam-perlembagaan
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Erti Sebuah Kemerdekaan

Erti Sebuah Kemerdekaan

Next Post
Menolak Biar Berasas

Menolak Biar Berasas

Related Posts

Kesan sujud pada wajah

1. Dalam al-Quran, Allah menggambarkan tentang salah satu sifat orang yang beriman adalah terdapat kesan sujud pada wajah…
Read More