
BATU PAHAT – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, ditemui dengan kecederaan parah di sebuah dewan sekolah menengah di Yong Peng, kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.
Mangsa ditemukan oleh rakan, ibu saudara dan neneknya ketika mereka melakukan pencarian. Kecederaan pada muka dan badannya dipercayai akibat hentakan menggunakan objek keras.
Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata, Irene Sofiya merupakan pelajar cemerlang yang sering mendapat tempat pertama atau kedua dalam tingkatan dan bercita-cita menjadi doktor pakar seperti arwah ibunya.
Menurutnya, mangsa tidak berminat mempunyai teman lelaki kerana mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Cinta tidak berbalas dilaporkan sebagai antara kemungkinan motif kejadian, namun perkara itu belum disahkan polis.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di sekitar Pekan Yong Peng kira-kira pukul 7 malam kelmarin dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Polis turut merampas telefon bimbit, beg, pakaian dan selipar. Bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.
.
Sumber:
https://www.kosmo.com.my/2026/10/05/cinta-ditolak-punca-irene-sofiya-dibunuh/
.
Sumber:
https://www.kosmo.com.my/2026/10/05/cinta-ditolak-punca-irene-sofiya-dibunuh/