Arab Saudi Rekod Lebih 5.4 Juta Jemaah Umrah Sepanjang Suku Kedua 2025

RIYADH – Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi (GASTAT) mengumumkan statistik umrah bagi suku kedua 2025, menunjukkan sejumlah 5,443,393 jemaah umrah dari dalam negara dan luar negara.

Daripada jumlah itu, 3,352,506 ialah lelaki (61.6 peratus) dan 2,090,887 ialah wanita (38.4 peratus), lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Laporan itu menunjukkan bahawa 1,090,327 jemaah tempatan menunaikan umrah dalam tempoh berkenaan, mewakili 48.4 peratus daripada keseluruhan jemaah.

Sementara itu, bilangan jemaah yang tiba dari luar negara ialah 1,324,418, termasuk 653,513 lelaki (49.3 peratus) dan 670,905 wanita (50.7 peratus).

Dari segi pintu masuk, 71.6 peratus jemaah luar tiba melalui udara, 28.2 peratus melalui darat dan 0.2 peratus melalui laut.

Statistik umrah dikeluarkan secara berkala dan menyediakan data tepat mengenai bilangan jemaah umrah dan pelawat dari dalam serta luar negara, sekali gus menjadi rujukan penting dalam menyokong dasar dan perancangan berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada Simptom Kemurungan Dikesan Pada Zara Qairina – Cikgu Kaunseling

Next Post

50 Peratus Jemaah Tolak Tawaran Haji Tahun Ini – Mohd Na’im

Related Posts