100 asnaf keluar kepompong miskin, mampu bayar zakat

100 asnaf keluar kepompong miskin, mampu bayar zakat
Kira-kira 100 golongan asnaf melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) malah sebahagiannya sudah mampu membayar zakat hasil bimbi­ngan keusahawanan menerusi Program Kemahiran Preneur Hijrah sepanjang tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (MyREF), Mohd. Khairuddin Rais berkata, kejayaan itu melibatkan peserta dari Kelantan, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Katanya, hasil bimbingan diberikan kepada peserta membolehkan mereka mencatat jualan yang memberangsangkan termasuk 2.5 peratus daripada peserta kini mempunyai pendapatan yang melayakkan mereka membayar zakat.

“Kami yang juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) be­kerjasama dengan setiap majlis daerah bermula 2020 untuk memilih golongan asnaf yang terlibat dalam perniagaan.

“Setiap asnaf diberikan tugasan berkaitan dengan bim­bingan bagi memperluas perniagaan mereka dan pada masa sama mengambil kira petunjuk prestasi utama (KPI),” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Graduasi sempena Program Kemahiran Preneur Hijrah di sini semalam anjuran RHB Islamic Bank Berhad dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Mohd. Khairuddin berkata, seramai 20 golongan asnaf dari setiap negeri menyertai program berkenaan bermula 2020.

Katanya, pemantauan lapangan terhadap peserta turut dilaksanakan bagi menilai perkembangan operasi, pengurusan perniagaan serta tahap aplikasi ilmu yang dipelajari.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.utusan.com.my/berita/2026/09/100-asnaf-keluar-kepompong-miskin-mampu-bayar-zakat/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Oktober diisytihar bulan al-Quran

Oktober diisytihar bulan al-Quran

Related Posts