
Katanya, antara program dirancang adalah kempen membaca Al-Quran, tadabbur, tafakur, ta’assur, kelas tajwid, forum, seminar, khatam Al-Quran serta aktiviti tilawah dan hafazan.
“Selain itu, kita juga akan perbanyakan program di seluruh negara dengan program seperti khatam al-Quran, tafsir Al-Quran dan juga seni khat al-Quran sepanjang bulan Oktober.
“Penghayatan itu diharapkan dapat mendekatkan keluarga dengan Al-Quran, selain membantu golongan muda mencintai dan memahami kitab suci dalam kehidupan,” katanya semasa sidang akhbar Pra Pelancaran MTHQA Tahun 1448/2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Beliau berkata, MTHQA ke-66 turut diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 selaras usaha memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Islam di peringkat antarabangsa. Katanya, Malaysia juga mahu diketengahkan sebagai salah satu pusat kecemerlangan Al-Quran di peringkat antarabangsa melalui penganjuran MTHQA tahun ini.
“Tetamu antarabangsa diharapkan membawa pulang pengalaman tentang Malaysia sebagai negara Islam yang aman, makmur, progresif dan menghargai kepelbagaian masyarakat.
“MTHQA ke-66 akan berlangsung dari 6 hingga 10 Oktober 2026 sekali gus menghidupkan bulan Al-Quran,” katanya.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/09/oktober-diisytihar-bulan-al-quran/
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/09/oktober-diisytihar-bulan-al-quran/