Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter – Residen Miri

Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter - Residen Miri
Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi.
.
Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).
.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿: Astro Awani
.
#beritaterkini
___
Bersama kami di telegram channel,
kita suburkan Islam dalam kehidupan seharian.
t.me/islamhidupku
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Kembali perkukuh asas saling mengasihi, tidak memburukkan sesama Islam - Tokoh ulama

Kembali perkukuh asas saling mengasihi, tidak memburukkan sesama Islam – Tokoh ulama

Next Post
Bahaya Ikuti Hawa Nafsu dan Panjang Angan-angan

Bahaya Ikuti Hawa Nafsu dan Panjang Angan-angan

Related Posts