Austria laksana larangan tudung untuk pelajar perempuan bawah 14 tahun

Austria laksana larangan tudung untuk pelajar perempuan bawah 14 tahun
Austria mula menguatkuasakan larangan pemakaian tudung bagi pelajar perempuan Islam berusia bawah 14 tahun ketika sesi persekolahan baharu bermula di seluruh negara pada Isnin.
.
Undang-undang baharu itu melarang pemakaian penutup kepala yang diklasifikasikan sebagai pakaian tradisional Islam, termasuk hijab dan burka, di sekolah awam serta swasta di negara berkenaan. Menteri Integrasi Austria, Claudia Bauer daripada Parti Rakyat Austria (OVP), mempertahankan langkah tersebut dengan menyatakan bahawa tudung merupakan simbol penindasan dan kawalan terhadap kanak-kanak perempuan sejak usia muda.
.
Bagaimanapun, langkah itu menerima bantahan daripada komuniti Islam dan kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa ia menyasarkan golongan Muslim secara khusus.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿: Astro Awani
.
#beritaterkini
___
Bersama kami di telegram channel,
kita suburkan Islam dalam kehidupan seharian.
t.me/islamhidupku
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Keluasan Rahmat Allah SWT

Keluasan Rahmat Allah SWT

Next Post
Kembali perkukuh asas saling mengasihi, tidak memburukkan sesama Islam - Tokoh ulama

Kembali perkukuh asas saling mengasihi, tidak memburukkan sesama Islam – Tokoh ulama

Related Posts