Lebih 11,000 Bangunan Musnah Di Selatan Lubnan, Nilai Kerugian Cecah AS$1.38 Bilion

BEIRUT, 7 MUHARRAM – Serangan Israel di selatan Lubnan menyebabkan kerugian langsung terhadap bangunan, dianggarkan melebihi AS$1.38 bilion, menurut laporan yang dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Majlis Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Lubnan.

Laporan itu menunjukkan skala kemusnahan yang besar apabila sebanyak 11,095 bangunan musnah sepenuhnya, menjejaskan 17,891 unit kediaman.

Selain itu, 2,242 bangunan mengalami kerosakan sebahagian melibatkan 5,219 unit kediaman, manakala 9,311 bangunan lagi mengalami kerosakan ringan bersamaan 18,282 unit kediaman.

Jumlah runtuhan yang terhasil akibat kemusnahan tersebut dianggarkan mencecah 3.1 juta meter padu.

Penilaian itu meliputi kawasan di selatan Sungai Litani termasuk daerah Bint Jbeil, Marjayoun, Nabatieh, Tyre dan Sidon yang menjadi antara kawasan paling terjejas akibat serangan Israel.

Menurut laporan berkenaan, penilaian dibuat menggunakan kaedah kecerdasan buatan geospatial yang disokong pengesahan visual menerusi imej satelit beresolusi tinggi tanpa pemeriksaan lapangan.

Analisis tersebut dibuat dengan membandingkan imej satelit yang dirakam pada 29 April 2026 dengan imej bertarikh 23 Oktober 2025 bagi mengesan kerosakan akibat konflik, termasuk keruntuhan bumbung, perubahan struktur bangunan dan timbunan runtuhan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mengambil kira kerosakan terhadap ruang bawah tanah, struktur bawah tanah serta infrastruktur kritikal seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi.

Menurut pihak berkuasa Lubnan, sejak 2 Mac lalu Israel telah memperluaskan operasi ketenteraannya di negara itu termasuk pengeboman dan pemusnahan rumah, khususnya di kawasan selatan.

Serangan tersebut dilaporkan telah mengorbankan 4,106 orang, mencederakan 12,153 yang lain serta menyebabkan lebih sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Sumber: TV Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Inkues Zara Qairina Bersambung, Kakak Tiri Tampil Beri Keterangan Hari Ini

Next Post

Aktivis Zionis Dakwa Perang Israel–Mesir Boleh Meletus Dalam Tempoh 15 Tahun

Related Posts

Berita 3

Aenean eleifend ante maecenas pulvinar montes lorem et pede dis dolor pretium donec dictum. Vici consequat justo enim.…
Read More