Kedutaan Besar Malaysia Di Abu Dhabi Tutup Hari Ini

BANGI, 12 RAMADAN – Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin berikutan situasi keselamatan serantau yang sedang berlaku.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kedutaan memaklumkan bahawa sepanjang tempoh berkenaan, perkhidmatan kaunter konsular secara bersemuka tidak akan disediakan.

“Bagaimanapun, pasukan konsular masih boleh dihubungi melalui e-mel dan telefon bagi memberikan nasihat serta bantuan yang diperlukan,” menurut kenyataan itu seperti dilaporkan Bernama.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi talian +971 50 614 6894 atau e-mel di mwabudhabi@kln.gov.my.

Sumber: Tv Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tabung Haji Pantau Konflik Iran, Keselamatan Bakal Jemaah Jadi Keutamaan

Next Post

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia Akan Kelihatan Malam Ini

Related Posts