
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Maulidur Rasul 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam.
Menerusi laman sosial, Baginda mendoakan keberkatan, selain bertitah semoga ajaran Nabi Muhammad SAW sentiasa dijadikan panduan dan pedoman.
“Semoga keberkatan serta ajaran Rasulullah SAW terus menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan kita semua,” titah Baginda.
Sumber: Buletin Tv3