Mendengar Bacaan Al-Quran Sahaja Mendapat Rahmat Allah SWT

Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)

Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat. Kata al-Sa’di:

    فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة

    “Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang banyak, ilmu yang lebat, iman yang berterusan, hidayah turut bertambah dan bimbingan dalam perkara agama. Atas dasar itu Allah meletakkan (mendengar al-Quran ini) sebagai sesuatu yang berupaya menyebabkan seseorang beroleh rahmat.

    Bayangkan andai orang yang mendengar dan menghayati al-Quran sahaja sudah beroleh rahmat, apatah lagi orang yang membacanya, menghayatinya dan menghabiskan bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan nanti.

      Semoga Allah membimbing kita.

      Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

      Total
      0
      Shares
      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Previous Post

      Sologami, Autogami Menyimpang Dari Syariat Islam & Adat Melayu

      Next Post

      Selamatkan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dengan Bina Sistem Sokongan

      Related Posts