Malaysia Berpotensi Jadi Pusat Keilmuan Islam Antarabangsa – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai hab keilmuan Islam antarabangsa menerusi pendekatan yang sederhana, progresif dan inklusif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menerusi perkongsian di platform X, Mohd Na’im berkata sumbangan sebanyak 235 jilid Hui Muslim Canon daripada delegasi China justeru satu langkah besar ke arah memartabatkan warisan keilmuan Islam di persada dunia.

Delegasi itu diketuai Naib Pengerusi China Cuisine Association Ma Zhijun.

Mohd Na’im berkata koleksi keilmuan Islam yang dikarang oleh sarjana Hui Muslim selama lebih seribu tahun itu bukan sahaja memperkayakan khazanah ilmu di negara ini malah menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam Timur dan Alam Melayu.

“Inisiatif ini mencerminkan semangat Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam yang meraikan kepelbagaian budaya, memperkukuh ukhuwah dan memperteguh perpaduan sejagat,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengurusan Haji 2025 Paling Baik, Diiktiraf Kerajaan Arab Saudi – Mohd Na’im

Next Post

Isteri Memasak Untuk Suami

Related Posts