Terengganu Biayai Sepenuhnya Kos Pengebumian 15 Mangsa Nahas

BESUT: Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menanggung sepenuhnya kos pengebumian jenazah kesemua mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik di Perak, awal pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim, berkata ia termasuk bagi pengurusan jenazah dan proses pengebumian, pengangkutan jenazah dari lokasi kejadian ke kampung halaman mereka, serta sokongan logistik kepada keluarga mangsa yang berada di hospital atau di lokasi.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri menggerakkan pasukan sokongan psikososial bagi membantu ahli keluarga mangsa, termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan segera diperlukan waris.

Beliau berkata, ia sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat, pagi tadi.

“Sesungguhnya, kejadian itu merupakan satu kehilangan besar bukan saja buat keluarga, bahkan kepada Terengganu yang selama ini amat berbangga dengan semangat anak-anak muda dalam menuntut ilmu.

“Kami mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat dan keluarga mereka diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian amat berat ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TH Terima Anugerah Pengurusan Haji Terbaik Daripada Arab Saudi

Next Post

Proses Pengebumian Semua Jenazah Penuntut UPSI Telah Selesai

Related Posts