Perbanyakkan Doa & Zikir Pada Hari Arafah

Hari Arafah adalah hari yang istimewa buat umat Islam. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah:

{ูˆูŽุดูŽุงู‡ูุฏู ูˆูŽู…ูŽุดู’ู‡ููˆุฏู}
โ€œDan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.โ€ (al-Buruj:3)

Ketika menghuraikan ayat ini, Rasulullah menyebutkan:

ูุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ู‚ุงู„: ยซุงู„ูŠูˆู… ุงู„ู…ูˆุนูˆุฏ ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉุŒ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุงู„ู…ุดู‡ูˆุฏ ูŠูˆู… ุนุฑูุฉุŒ ูˆุงู„ุดุงู‡ุฏ ูŠูˆู… ุงู„ุฌู…ุนุฉยป (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ ูˆุญุณู†ู‡ ุงู„ุฃู„ุจุงู†ูŠ)

โ€œYang dimaksudkan dengan hari yang dijanjikan itu (al-Mawโ€™ud) adalah hari kiamat, manakala hari yang disaksikan itu (masyhud) itu adalah hari Arafah.โ€

Begitu tinggi kedudukan Hari Arafah sehingga Allah bersumpah dengan hari ini dalam al-Quran.

Malah pada hari ini jugalah, hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-hambanya dari neraka. Perkara ini disampaikan oleh Rasulullah dengan sabdanya:

    ู…ุง ู…ู† ูŠูˆู… ุฃูƒุซุฑ ู…ู† ุฃู† ูŠุนุชู‚ ุงู„ู„ู‡ ููŠู‡ ุนุจุฏุง ู…ู† ุงู„ู†ุงุฑ ู…ู† ูŠูˆู… ุนุฑูุฉุŒ ูˆุฅู†ู‡ ู„ูŠุฏู†ูˆ ุซู… ูŠุจุงู‡ูŠ ุจู‡ู… ุงู„ู…ู„ุงุฆูƒุฉ ููŠู‚ูˆู„: ู…ุง ุฃุฑุงุฏ ู‡ุคู„ุงุกุŸ

    โ€œTidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?โ€ (Sahih Muslim)

    Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadith ini menggambarkan mereka yang wuquf pada hari Arafah akan diampunkan dosa mereka. Bahkan menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Allah mendekati mereka pada hari tersebut dan memperkenankan doa mereka.

    Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sabda Baginda:

      : ุฎูŠุฑ ุงู„ุฏุนุงุก ุฏุนุงุก ูŠูˆู… ุนุฑูุฉุŒ ูˆุฎูŠุฑ ู…ุง ู‚ู„ุช ุฃู†ุง ูˆุงู„ู†ุจูŠูˆู† ู…ู† ู‚ุจู„ูŠ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑ

      โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

      ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑ

      Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda:

        ุตูŠุงู…ู ูŠูˆู…ู ุนุฑูุฉูŽุŒ ุฃูŽุญุชุณุจู ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃู† ูŠููƒููู‘ุฑูŽ ุงู„ุณู†ุฉูŽ ุงู„ุชูŠ ู‚ุจู„ูŽู‡ ูˆุงู„ุณู†ุฉูŽ ุงู„ุชูŠ ุจุนุฏู‡

        โ€œPuasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya.โ€ (Sahih Muslim)

        Semoga Allah membimbing kita.

        Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

        #islamhidupku

        Total
        0
        Shares
        Leave a Reply

        Your email address will not be published. Required fields are marked *

        Previous Post

        WUIF Ajak Umat Islam Sertai Arafah #QuranHour Sempena Hari Wukuf

        Next Post

        Perkhidmatan TH Dipuji, Tiada Aduan Besar Diterima Sepanjang Haji 1446H

        Related Posts