Tibanya Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad

1.Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:

ู…ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠ ู‡ูŽุฐูู‡ู โ€โ€โ€Œโ€.โ€ ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€โ€โ€ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏูุŒ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ูŠูุฎูŽุงุทูุฑู ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ุจูุดูŽู‰ู’ุกู โ€โ€โ€Œโ€.โ€

โ€œTiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)

2.Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:

ูˆุงู„ุฐูŠ ูŠุธู‡ุฑ ุฃู† ุงู„ุณุจุจ ููŠ ุงู…ุชูŠุงุฒ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ู„ู…ูƒุงู† ุงุฌุชู…ุงุน ุฃู…ู‡ุงุช ุงู„ุนุจุงุฏุฉ ููŠู‡ ุŒ ูˆู‡ูŠ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุตูŠุงู… ูˆุงู„ุตุฏู‚ุฉ ูˆุงู„ุญุฌ ุŒ ูˆู„ุง ูŠุชุฃุชู‰ ุฐู„ูƒ ููŠ ุบูŠุฑู‡

โ€œSecara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

3.Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:

ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู

โ€œSebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.โ€

4.Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:

ุฃูŠุงู… ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ุฃูุถู„ ู…ู† ุฃูŠุงู… ุงู„ุนุดุฑ ู…ู† ุฑู…ุถุงู† ูˆุงู„ู„ูŠุงู„ูŠ ุงู„ุนุดุฑ ุงู„ุฃูˆุงุฎุฑ ู…ู† ุฑู…ุถุงู† ุฃูุถู„ ู…ู† ู„ูŠุงู„ูŠ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ

Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmuโ€™ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

5.Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:

ู…ุง ู…ู† ุฃูŠุงู… ุฃุนุธู… ุนู†ุฏ ุงู„ู„ู‡ ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆู„ุง ุฃุญุจ ุฅู„ูŠู‡ ุงู„ุนู…ู„ ููŠู‡ู† ู…ู† ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃูŠุงู… ุงู„ุนุดุฑ. ูุฃูƒุซุฑูˆุง ููŠู‡ู† ู…ู† ุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏ

โ€œTidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmidโ€ (HR al-Tabrani)

Semoga Allah membimbing kita

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ulum Hadith Research Centre

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menghayati Hakikat Dunia Sebagai Persinggahan Sementara

Next Post

Arab Saudi Umum Ibadah Haji Bermula Pada 4 Jun Ini

Related Posts