
KANGAR: Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dari Perak dan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi mewakili Terengganu muncul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025/1445H.
Kedua-dua qari dah qariah itu membawa pulang wang tunai RM20,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji berserta piala, cenderamata dan sijil penyertaan.
Mereka turut menerima satu dinar emas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Gold dan telefon pintar kurniaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid serta kerajaan negeri.
Bagi kategori hafazan 30 juzuk berserta tafsir, Muhammad Adib Ahmad Rozaini juga dari Perak muncul pemenang bagi kategori lelaki manakala Putri Auni Khadijah Mohd Hanif dari Kelantan diumumkan pemenang bagi kategori perempuan.
Sementara itu, Kedah dinobatkan sebagai johan keseluruhan.
Sumber: Buletin Tv3
#islamhidupku