Rasulullah SAW Tidak Pernah Tinggalkan Iktikaf 10 Malam Terakhir

Iktikaf merupakan antara sunnah baginda SAW ketika masuknya 10 malam terakhir Ramadan.

عن عائشة رضي الله عنها ، أن النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله
Daripada Aisyah r.a, “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan iktikaf pada 10 akhir bulan Ramadan (dan Baginda berterusan melakukan setiap kali Ramadan) sehingga Allah mewafatkan Baginda. “

Baginda tidak pernah ditinggalkan sepanjang hayat Baginda, lalu diteruskan oleh sahabat ra serta salafussoleh setelah itu.

Bahkan menurut para ulama, iktikaf merupakan ibadah yang sangat dituntut terutamanya pada 10 akhir Ramadan.

Dr Wahbah Zuhaili menyatakan: “Sungguh pelik manusia, bagaimana mereka boleh meninggalkan iktikaf. Rasulullah SAW melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi baginda tidak meninggalkan iktikaf sehinggalah baginda wafat”

Dalam suasana yang menuntut kesibukan semua orang dalam berkerja mencari pendapatan, bersedia untuk peperiksaan dan sebagainya, marilah kita ambil sedikit masa untuk beriktikaf di masjid-masjid terdekat.

Semoga kita dapat bertemu malam Al-Qadar.

Sumber: Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hukum Iktikaf 10 Malam Terakhir Ramadan Bagi Wanita

Next Post

World #QuranHour: Strategi Perkasa Pengimarahan Masjid

Related Posts

Belanja kawan berbuka puasa

Selain hanya berpuasa, Rasulullah ﷺ menggalakkan para sahabat memberi makan orang berbuka puasa. Sabda Baginda ﷺ: مَنْ فَطَّرَ…
Read More