Hukum Puasa Ramadan Separuh Hari Bagi Kanak-Kanak

SOALAN

Assalamualaikum. Apakah hukum kanak-kanak berpuasa di bulan Ramadan separuh hari sahaja dengan berbuka puasa pada waktu Zohor sebagai contoh? Adakah mereka mendapat pahala juga daripada puasa tersebut?

Mohon pencerahan. Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Hukum puasa kanak-kanak di bulan Ramadan mengikut kemampuan mereka adalah sunat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Begitu juga, ibu bapa dan penjaga turut mendapat pahala dengan mendidik mereka untuk melaksanakan suruhan Allah SWT tersebut.

WaAllahu aโ€™lam.

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Pertama, kanak-kanak tidak wajibkan untuk berpuasa dan tidak ditujukan perintah(khitab) syarak kepada mereka kerana mereka tidak cukup syarat iaitu mencapai umur baligh. Hal ini berdasarkan hadis โ€˜Diangkat qalam daripada tiga golonganโ€™ (ุฑูููุนูŽ ุงู„ู‚ูŽู„ูŽู…ู ุนูŽู†ู’ ุซูŽู„ูŽุงุซ), antaranya ialah kanak-kanak sehinggalah dia mencapai usia baligh.

Oleh yang demikian, sekiranya mereka tidak berpuasa maka tiada dosa dan juga puasa tidak perlu diqada. Walau bagaimanapun, Ibn Hajar al-Haitami menjelaskan bahawa ibu bapa dan penjaga hendaklah menyuruh anak-anak mereka lelaki dan perempuan untuk berpuasa apabila mencapai usia genap atau sempurna 7 tahun dan mumayiz mengikut kemampuan mereka, serta memukul mereka apabila sengaja meninggalkannya apabila berumur genap 10 tahun, sama seperti kewajipan solat.Ini supaya ibu bapa dapat melatih anak-anak untuk berpuasa sejak daripada usia masih kecil lagi.

Namun begitu, hendaklah juga diraikan dan diambil kira kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa. Hal ini seperti dinyatakan jelas oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami bahawa:

ูˆูŠุตุญ ุงู„ุตูˆู… ู…ู† ุงู„ุตุจูŠ ุงู„ู…ู…ูŠุฒ ุฃูˆ ุงู„ู…ู…ูŠุฒุฉ ูƒุงู„ุตู„ุงุฉุŒ ูˆูŠุฌุจ ุนู†ุฏ ุงู„ุดุงูุนูŠุฉ ูˆุงู„ุญู†ููŠุฉ ูˆุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ ุนู„ู‰ ูˆู„ูŠู‡ ุฃู…ุฑู‡ ุจู‡ ุฅุฐุง ุฃุทุงู‚ู‡ ุจุนุฏ ุจู„ูˆุบู‡ ุณุจุน ุณู†ูŠู†ุŒ ูˆุถุฑุจู‡ ุญูŠู†ุฆุฐ ุนู„ู‰ ุงู„ุตูˆู… ุจุนุฏ ุจู„ูˆุบู‡ ุนุดุฑ ุณู†ูŠู†ุŒ ุฅุฐุง ุชุฑูƒู‡ ู„ูŠุนุชุงุฏู‡ุŒ ูƒุงู„ุตู„ุงุฉุŒ ุฅู„ุง ุฃู† ุงู„ุตูˆู… ุฃุดู‚ุŒ ูุงุนุชุจุฑุช ู„ู‡ ุงู„ุทุงู‚ุฉุŒ ู„ุฃู†ู‡ ู‚ุฏ ูŠุทูŠู‚ ุงู„ุตู„ุงุฉ ู…ู† ู„ุง ูŠุทูŠู‚ ุงู„ุตูŠุงู….

Maksudnya: Sah puasa bagi kanak-kanak yang mumayiz lelaki dan perempuan sama seperti sahnya solat. Wajib di sisi ulama mazhab al-Syafie, Hanafi dan Hambali ke atas ibu bapa atau penjaga untuk menyuruh mereka jika kanak-kanak tersebut berkemampuan apabila telah mencapai usia 7 tahun. Begitu juga diwajibkan untuk memukul mereka setelah usia 10 tahun jika meninggalkan puasa dengan sengaja supaya dapat membiasakan diri mereka berpuasa. Walau bagaimanapun hendaklah diambil kira kemampuan mereka kerana ibadah puasa adalah lebih berat untuk dilaksanakan (berbanding solat). Hal ini kerana boleh jadi seseorang kanak-kanak mampu untuk melaksanakan solat, namun tidak mampu untuk berpuasa. (Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3:45)

Justeru itu, apabila mereka melaksanakan ibadah menurut kemampuan mereka, maka puasa mereka sah dan mendapat pahala sunat daripada perbuatan tersebut. Hal ini bersandarkan hadis yang diriwayat daripada Ibn โ€˜Abbas bahawa:

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจูŽู‘ุงุณูุŒ ุนูŽู†ู ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู„ูŽู‚ููŠูŽ ุฑูŽูƒู’ุจู‹ุง ุจูุงู„ุฑูŽู‘ูˆู’ุญูŽุงุกูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซู…ูŽู†ู ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ูุŸยป ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููˆู†ูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ููˆุง: ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽู†ู’ุชูŽุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ูยป ุŒ ููŽุฑูŽููŽุนูŽุชู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุฉูŒ ุตูŽุจููŠู‹ู‘ุงุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ุฃูŽู„ูู‡ูŽุฐูŽุง ุญูŽุฌูŒู‘ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซู†ูŽุนูŽู…ู’ุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒู ุฃูŽุฌู’ุฑูŒยป

Maksudnya: Daripada Ibn Abbas RA, daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW berjumpa dengan serombongan unta ketika berada di Rauhaโ€™. Kemudian, Baginda SAW bersabda: โ€œSiapakah kaum tersebut?โ€ Para sahabat menjawab, โ€œKami adalah kaum Muslimin.โ€ Mereka bertanya pula kepada Baginda, โ€œSiapakah tuan?โ€ Baginda SAW menjawab, โ€œAku ialah Rasulullahโ€. Lalu seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa anak kecil, dia bertanya: โ€œAdakah bagi anak kecil ini kewajipan haji?โ€. Maka Rasulullah SAW menjawab, โ€œYa dan bagi kamu pahala (jika dia melaksanakannya).โ€

Riwayat Muslim (1336)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ibadah yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh adalah sah dan mendapat pahala sunat. Ini juga termasuklah ibadah-ibadah lain dilaksanakan oleh kanak-kanak mumayiz yang belum sampai umur baligh seperti puasa. Hal ini kerana dinukilkan daripada Ibn Rusyd bahawa pendapat yang sahih ialah kanak-kanak akan dicatat ibadah yang mereka lakukan dan tidak dicatat amalan keburukan mereka.

Hal ini juga sepertimana yang diterangkan oleh Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini dengan berkata:

ูููŠู‡ู ุญูุฌูŽู‘ุฉูŒ ู„ูู„ุดูŽู‘ุงููุนููŠูู‘ ูˆูŽู…ูŽุงู„ููƒู ูˆูŽุฃูŽุญู’ู…ูŽุฏูŽ ูˆูŽุฌูŽู…ูŽุงู‡ููŠุฑู ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกู ุฃูŽู†ูŽู‘ ุญูŽุฌูŽู‘ ุงู„ุตูŽู‘ุจููŠูู‘ ู…ูู†ู’ุนูŽู‚ูุฏูŒ ุตูŽุญููŠุญูŒ ูŠูุซูŽุงุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽุง ูŠูุฌู’ุฒููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุญูŽุฌูŽู‘ุฉู ุงู„ู’ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ู ุจูŽู„ู’ ูŠูŽู‚ูŽุนู ุชูŽุทูŽูˆูู‘ุนู‹ุง ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ุตูŽุฑููŠุญูŒ ูููŠู‡ู

Maksudnya: Hadis ini dijadikan sebagai hujah oleh Imam al-Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan jumhur ulama yang berpendapat bahawa ibadah haji kanak-kanak itu sah, diterima dan mendapat ganjaran pahala atas perbuatan tersebut. Namun begitu ia tidak dikira sebagai telah menunaikan kewajipan haji, bahkan hukumnya adalah sunat sahaja. Hadis ini jelas menunjukkan hal tersebut.(Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 9:99)

WaAllahu โ€˜alam.
Sumber: Indahnya Islam

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Delegasi Dari Negara Jiran Teruja Lihat Proses Cetak Al-Quran di Kompleks Karangkraf

Next Post

Kemudahan โ€˜Nurseri Ramadanโ€™ Bantu Ibu Bapa Beribadah Lebih Tenang

Related Posts