
Kuala Lumpur: Cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu mengelakkan sebarang pertikaian serta fitnah sekali gus memberi kefahaman kepada semua pihak.
Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, garis panduan itu akan menjadi asas kepada ‘muamalah’ iaitu perhubungan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama.
Beliau berkata, garis panduan itu juga akan menyemarakkan semangat perpaduan memandangkan setiap pihak sudah diberi kefahaman yang baik.
“Garis panduan ini sebenarnya bagus untuk semua agama supaya memberi ruang kepada umat Islam menyertai acara bangsa serta agama yang berbeza dalam ruang lingkup yang dibenarkan tanpa rasa ragu apabila kita tahu batasnya.
“Ia juga mampu mengelakkan sebarang salah tanggap serta fitnah yang berlegar di media sosial apabila sudah ada satu garis panduan untuk dirujuk oleh semua pihak.
“Ia juga mampu mengelakkan sebarang salah tanggap serta fitnah yang berlegar di media sosial apabila sudah ada satu garis panduan untuk dirujuk oleh semua pihak.- Harian Metro
#islamhidupku