
KOTA KINABALU: Seramai 172 mangsa banjir daripada 57 keluarga di Sabah masih berada di satu pusat pemindahan kekal (PPK), setakat pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan, berkata PPK yang masih beroperasi itu di Selagon.
“PPK yang dibuka pada 3 Mei itu masih beroperasi berikutan 10 kampung di daerah Beaufort masih terjejas bencana banjir,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Meterologi (MetMalaysia), beberapa kawasan di Sabah pada pagi ini diramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat.
Ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman pada waktu petang, manakala malam pula diramalkan hujan di beberapa tempat di kawasan pedalaman dengan suhu antara 21 hingga 33 darjah Celsius. – BERNAMA
Sumber: Berita Harian
#islamhidupku