Terdapat keperluan untuk memperkasa kerjasama ekonomi Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun umat Islam membentuk kira-kira 25% penduduk dunia, sistem ekonomi Islam masih belum mendapat tempat yang sewajarnya, dan banyak negara Islam masih mengamalkan sistem kapitalis. Amalan ekonomi Islam juga masih tertumpu kepada sektor kewangan dan perbankan sahaja.
Organisasi seperti OIC dan Islamic Development Bank masih kurang berkesan dalam menerajui kepentingan ekonomi umat Islam, terutamanya selepas krisis seperti di Gaza, Bosnia dan Sudan. Kerjasama ekonomi antarabangsa banyak dipelopori institusi bukan Islam seperti Bank Dunia, IMF dan WTO.
Antara bidang kerjasama yang berpotensi adalah industri halal (produk, perkhidmatan, pelancongan dan perhotelan), pembangunan modal insan dan bakat, serta kerjasama rentas sempadan. Penulis juga menyorot peranan kumpulan D-8 (Developing Eight) yang kini dianggotai sembilan negara dengan populasi kira-kira 1.2 bilion dan KDNK gabungan melebihi AS$5 trilion, sebagai pemangkin kerjasama ekonomi yang lebih bermakna.
Selain itu, faktor agama seperti ibadah haji, umrah dan pelancongan sejarah boleh menjadi pemangkin kerjasama ekonomi. Turut dicadangkan agar kerjasama diperluas melangkaui perdagangan, pelaburan dan pelancongan kepada pendidikan, R&D, teknologi dan kebudayaan, dengan penglibatan sektor swasta dalam perundingan awal. Industri halal, termasuk perbankan Islam, takaful dan makanan halal, dikenal pasti sebagai bidang berpotensi besar.