Lima Pelajar Dakwa Pernah Dibuli Pelajar yang Kini ditahan

Lima Pelajar Dakwa Pernah Dibuli Pelajar yang Kini ditahan
Lima pelajar tampil kepada polis dan mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua pelajar lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu dikenal pasti hasil siasatan lanjut selepas pihaknya merekodkan 69 keterangan setakat ini.

“Hasil soal siasat dan ketika keterangan diambil, sebanyak lima pelajar mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada pelajar yang ditahan bagi membantu (siasatan) insiden tersebut.

“Setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat selain dua lelaki berusia 16 tahun yang kini direman masing-masing sehingga 1 dan 3 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Menurut Alzafny, siasatan lanjut turut mendapati mangsa tidak pernah memaklumkan kepada keluarganya bahawa pernah dibuli di sekolah. Semalam, polis menahan seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun, menjadikan dua pelajar ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum itu, seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Alzafny sebelum ini berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian mendatangkan kecederaan terhadap pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://alhijrahnews.com/lima-pelajar-dakwa-pernah-dibuli-pelajar-yang-kini-ditahan/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Belanjawan 2027 perlu fokus industri bernilai tinggi, kos sara hidup

Belanjawan 2027 perlu fokus industri bernilai tinggi, kos sara hidup

Next Post
Sarjan Mejar Didakwa Bocor Operasi Polis, Disuap RM2,400

Sarjan Mejar Didakwa Bocor Operasi Polis, Disuap RM2,400

Related Posts