TV Alhijrah Perkasa Jenama Halal Menerusi Kempen “Go Halal” Di Mihas 2026

TV AlHijrah memperkenalkan kempen khas “Go Halal” sempena penyertaannya di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 September 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Kempen ini diperkenalkan bagi membantu usahawan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemain industri halal memanfaatkan media secara lebih strategik untuk memperkukuh jenama, meningkatkan keterlihatan dan mendekati pengguna dengan lebih berkesan.

Sepanjang empat hari MIHAS 2026, TV AlHijrah telah menawarkan promosi media khas dan terhad yang merangkumi pengiklanan televisyen, promosi digital, penghasilan kandungan, integrasi program, kandungan berjenama serta aktiviti penglibatan pengguna yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan objektif sesebuah jenama.

Ketua Unit Penjualan Media TV AlHijrah, Hafriz Zulpakar, berkata “Go Halal” diwujudkan kerana ramai usahawan mempunyai produk berkualiti dan berpotensi untuk berkembang, namun masih berdepan cabaran dalam meningkatkan keterlihatan jenama serta membina keyakinan pengguna.

“Produk yang baik perlu disokong oleh strategi komunikasi yang tepat supaya ia bukan sahaja berada di pasaran, tetapi benar-benar dikenali dan dipercayai pengguna. Di sinilah media memainkan peranan yang sangat penting. Menerusi ‘Go Halal’, kami mahu membantu usahawan memilih pendekatan media yang sesuai supaya jenama mereka bukan sekadar dilihat, tetapi mampu membina hubungan yang lebih kuat dengan pengguna,” katanya.

Usaha itu disokong oleh ekosistem media TV AlHijrah yang merangkumi televisyen dan platform digital. Berdasarkan data suku kedua 2026, TV AlHijrah merekodkan 7.7 juta audiens televisyen, manakala Berita AlHijrah mempunyai 3.4 juta pengikut di TikTok dan AlHijrah Plus mencatatkan 300,000 pelanggan.

Data sama menunjukkan 61 peratus audiens televisyen TV AlHijrah terdiri daripada wanita, manakala sekitar 40 peratus merupakan golongan profesional, sekali gus memberi peluang kepada jenama untuk berkomunikasi dengan kumpulan pengguna yang relevan menerusi pendekatan yang lebih tersasar.
.
Sumber:

TV ALHIJRAH PERKASA JENAMA HALAL MENERUSI KEMPEN “GO HALAL” DI MIHAS 2026

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Tabung Haji Anjur Kursus Asas Haji di 200 Masjid

Tabung Haji Anjur Kursus Asas Haji di 200 Masjid

Next Post
Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Bersalah Cederakan Rakan Guna Seterika

Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Bersalah Cederakan Rakan Guna Seterika

Related Posts