Wajah Hitam Di Hari Akhirat: Gambaran Nasib Golongan yang Mengingkari Islam

1. Pada hari akhirat kelak, mereka yang kufur dan mengengkari agama Islam akan dibangkitkan dalam keadaan wajah mereka menjadi hitam. Firman Allah:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. (Surah Ali Imran: 106)

2. Menurut al-Qurtubi keadaan ini berlaku ketika pembacaan kitab amalan. Apabila orang beriman membaca catatan amalnya dan melihat kebaikan-kebaikannya, dia gembira lalu wajahnya menjadi putih berseri.

3. Tetapi orang kafir dan munafik apabila membaca catatan amalnya dan melihat kejahatan-kejahatannya, wajahnya menjadi hitam muram.

4. Kemudian al-Qurṭubī berkata: Sesiapa yang mengubah agama, membuat-buat perkara baru dalam agama yang tidak diredhai Allah, maka dia adalah termasuk golongan yang terhalau dari telaga Nabi (al-Ḥauḍ).

5. Al-Qurtubi menambah lagi: Demikian juga termasuk golongan pemerintah yang zalim, pembuat kejahatan, pembunuh ahli kebenaran, pendosa besar yang terang-terangan, dan pengikut hawa nafsu. Kesemua mereka ditakuti menjadi termasuk dalam ancaman ayat ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Maafkan Sesama Manusia, Raih Keampunan Yang Maha Esa

Next Post

Jangan Ambil Mudah! Larangan Menyandarkan Kata-Kata Kesat kepada Allah SWT

Related Posts