Al-Imam al-Nawawi Kurang Tidur Kerana Menuntut Ilmu

1. Menurut Ibn al-Attar, al-Imam al-Nawawi meninggal pada usia 45 tahun (Tuhfah al-Talibin, 43). Walaupun melalui usia yang singkat, beliau meninggalkan karya yang tidak terhitung.

Dr. Khalid Abu Syadi menyebutkan bahawa sekiranya dibahagikan usia hidup al-Nawawi dengan jumlah karyanya, kita akan dapati seolah al-Nawawi mengarang setiap hari sebanyak empat helaian kertas. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23).

2. Malah menurut Ibn al-Attar, ketika berusia 19 tahun, beliau dimasukkan ke Madrasah al-Rawwahiyya, dan ketika itulah beliau menghabiskan masanya menuntut ilmu sehingga tidak pernah berbaring melainkan sangat sedikit. Kata al-Nawawi:

وبقيتُ نحو سنتين لم أضع جنبي إلى الأرض

Maksudnya: Dan hampir dua tahun aku tidak meletakkan sisi badanku (berbaring), (kerana tekun menuntut ilmu.) (Tuhfah al-Talibin).

3. Begitulah ketekunan ulama silam dalam menuntut ilmu serta merekodkan karya mereka untuk umat Islam. Karya beliau seperti Hadis 40, Riyadus Salihin dan Syarah Sahih Muslim masih menjadi rujukan hingga hari ini.

4. Walaupun sudah meninggal hampir 800 tahun yang lalu, sebanyak hampir 47 karya beliau masih menjadi rujukan pada hari ini.

Dalam usia yang masih berbaki, apakah yang boleh kita sumbangkan untuk umat ini?

Mari bermuhasabah.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kesungguhan Salafussoleh Dalam Menuntut Ilmu

Next Post

Sukarelawan Dibuka Untuk Misi Global Sumud Flotilla 2.0

Related Posts