Wajah Manusia Berubah Menjadi Hitam

Pada hari akhirat kelak, mereka yang kufur dan mengengkari agama Islam akan dibangkitkan dalam keadaan wajah mereka menjadi hitam. Firman Allah:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. (Surah Ali Imran: 106)

Menurut al-Qurtubi keadaan ini berlaku ketika pembacaan kitab amalan. Apabila orang beriman membaca catatan amalnya dan melihat kebaikan-kebaikannya, dia gembira lalu wajahnya menjadi putih berseri.

Tetapi orang kafir dan munafik apabila membaca catatan amalnya dan melihat kejahatan-kejahatannya, wajahnya menjadi hitam muram.

Kemudian al-Qurṭubī berkata: Sesiapa yang mengubah agama, membuat-buat perkara baru dalam agama yang tidak diredhai Allah, maka dia adalah termasuk golongan yang terhalau dari telaga Nabi (al-Ḥauḍ).

Al-Qurtubi menambah lagi: Demikian juga termasuk golongan pemerintah yang zalim, pembuat kejahatan, pembunuh ahli kebenaran, pendosa besar yang terang-terangan, dan pengikut hawa nafsu. Kesemua mereka ditakuti menjadi termasuk dalam ancaman ayat ini.

    Semoga Allah membimbing kita.

    Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Previous Post

    Segala Rahsia Akan Didedahkan Nanti

    Next Post

    Bencana Jejas 7 Sekolah Di Sabah, 908 Murid Tidak Hadir Hari Pertama

    Related Posts