GAZA, 26 JAMADILAKHIR – Seorang bayi baru lahir meninggal dunia akibat kesejukan melampau ketika cuaca buruk melanda wilayah Palestin yang musnah akibat kekejaman serangan rejim Zionis Israel.
Pihak berkuasa kesihatan Palestin memaklumkan bahawa bayi berusia dua minggu, Muhammad Khalil Abu al-Khair, meninggal dunia Isnin lalu akibat hipotermia ketika suhu sangat rendah.
Bayi malang itu dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak Ahad.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 orang maut akibat Badai Byron di Gaza minggu lalu.
Lebih 53,000 khemah penempatan sementara sebahagiannya atau sepenuhnya dinaiki air, hanyut dibawa arus deras, atau rosak akibat angin kencang, manakala 13 bangunan runtuh di seluruh Gaza.
Israel pula terus menyekat kemasukan bahan perlindungan seperti khemah dan rumah mudah alih, gagal memenuhi tanggung jawab melalui perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu.
Sejak Oktober 2023, Israel dilaporkan telah membunuh hampir 70,700 orang, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 lagi dalam serangan kejam ke atas Gaza.
Selain itu, pengeboman tanpa henti mengubah wilayah itu menjadi runtuhan bangunan. – TRT WORLD, Foto Berita Harian
Sumber: Tv Pertiwi