Kes Zara Qairina: Inkues Bermula 3 September Ini

KOTA KINABALU – [DIKEMAS KINI] Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan bermula 3 September ini dan berlangsung selama 19 hari.

Keputusan itu dibuat menerusi prosiding sebutan kes inkues di Mahkamah Koroner di sini, pada Isnin.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah bersidang sebagai koroner, Azreena Aziz, menetapkan tarikh prosiding iaitu pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.

Dalam sebutan, Timbalan Pendakwa Raya yang juga merupakan Pengendali Kes, Mohd Fairus Johari turut memberitahu 195 saksi telah direkod kenyataan sementara jumlah deponen (saksi)’ akan disenaraikan sebelum prosiding bermula.

Sementara itu, dalam sidang akhbar pasukan peguam yang diketuai Hamid Ismail memaklumkan, seramai 195 saksi tersebut jumlahnya akan ditentukan kemudian.

“Jumlah itu akan ditentukan kemudian bagi memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) menyusun saksi-saksi ini, mana yang relevan, mana yang tidak relevan,” katanya.

Ditanya mengenai saksi, Hamid memaklumkan anak guamnya juga antara saksi yang akan dipanggil selain guru dan pelajar di sekolah berkenaan.

“Hanya kami yang datang mewakili ahli keluarga dan kami mewakili ibu. Ibunya akan datang sebagai saksi yang akan dipanggil, sementara kami akan menyoal.

“Kami tidak tahu (siapa saksi) tapi semua yang dipanggil oleh polis, daripada guru sehingga pelajar. Saya tidak tahu (jumlah saksi yang dikurangkan), itu bidang kuasa AGC.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya kini sebagai pemerhati namun dalam masa sama akan turut memohon untuk menjadi pihak yang menyoal untuk membantu pihak pendakwaan.

“Kami telah memohon untuk menjadi pihak yang menyoal untuk membantu pendakwaan tetapi kami diarahkan untuk memfailkan permohonan secara rasmi yang mana kami akan failkan pada minggu ini.

“Sabah Law Society (SLS) bertindak sebagai pihak pemerhati dan buat masa ini status kami adalah sebagai pihak pemerhati tetapi apabila permohonan diluluskan, status kami akan berubah kepada pihak yang berkepentingan,” jelasnya.

Sebelum itu, prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairus Johari, Dana Arabi Wazani, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Pasukan peguam juga turut diwakili Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kisah Nabi Musa a.s: Allah Yang Mencampakkan Rasa Kasih

Next Post

Angka Kematian Di Gaza Meningkat Kepada 62,004 Orang

Related Posts