Delegasi Dari Negara Jiran Teruja Lihat Proses Cetak Al-Quran di Kompleks Karangkraf

SHAH ALAM – Seramai 14 peserta program International Islamic Homestay Tourism Festival diberikan peluang melihat secara dekat proses percetakan al-Quran melalui sesi lawatan ke Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

Pengarah Rex Tours dari Bandung, Joseph Sugena Irianto berkata, beliau cukup tertarik untuk mengetahui proses penerbitan media dalam bentuk cetak mahupun elektronik di Kumpulan Karangkraf.

“Seperti Indonesia, khususnya di Bandung terdapat penerbit akhbar terbesar di Jawa Barat, Pikiran Rakyat. Kini rakyat di sana semakin kurang minat membaca.

“Kebanyakan masyarakat lebih cenderung kepada kandungan dalam bentuk audio visual berikutan perkembangan platform digital seperti TikTok, YouTube dan Instagram,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri daripada pelbagai agensi pelancongan, pengusaha inap desa dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Indonesia dan Thailand.

Joseph Sugena berkata, lawatan tersebut turut membuka perspektif baharu dalam usaha menggalakkan kembali budaya membaca.

“Saya turut berpeluang melihat secara langsung proses penghasilan al-Quran di peringkat percetakan dan pengedaran.

“Kami sangat menghargai peluang ini dan berhasrat membawa lebih ramai rakyat Indonesia untuk melihat sendiri keunikan proses percetakan ini,” tambahnya.

Menurut Pengarah Urusan Thai Travel Business Co Ltd, Pramote Wandalah, sesi kunjungan ke Kumpulan Karangkraf memberi banyak ilmu baharu khususnya dalam bidang percetakan al-Quran.

“Jika ada kesempatan, saya berhasrat membawa rakan-rakan dari selatan Thailand untuk melawat ke sini. Kami sangat berterima kasih atas sambutan baik yang diberikan dan hubungan lebih erat pada masa akan datang,” ujarnya.

Menurut Pengarah Urusan Thai Travel Business Co Ltd, Pramote Wandalah, sesi kunjungan ke Kumpulan Karangkraf memberi banyak ilmu baharu khususnya dalam bidang percetakan al-Quran.

“Jika ada kesempatan, saya berhasrat membawa rakan-rakan dari selatan Thailand untuk melawat ke sini. Kami sangat berterima kasih atas sambutan baik yang diberikan dan hubungan lebih erat pada masa akan datang,” ujarnya.- Sinar Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JAKIM Lapor SKMM, Polis Terhadap Individu Hina Islam

Next Post

Hukum Puasa Ramadan Separuh Hari Bagi Kanak-Kanak

Related Posts